Sabtu, 4 Jun 2011

Sebuah Keinsafan part 2

     Terpacul perkataan itu dari mulutnya.
     Tiga minggu sudah berlalu .Ku An bakal menduduki PMR pada hari ini berdebar-debar hatinya.Telefon Ku An berbunyi lagi."Selamat menduduki PMR.Yakinkan diri.Ku An pasti boleh ,Sewel".
     Ku An menjawab soalan peperiksaannya dengan tenang.Namun dia ragu dengan jawapannya.Entah mengapa,Ku An resah dengan jawapannya.Adakah dia mampu menjadi best student tahun ini?.
     Keputusan PMR diumumkan.Ku An hanya mampu mendapat 5A 3B.Dia kecewa dengan keputusan PMRnya.Ini semua gara-gara "Sewel".Jika 'Sewel' tidak menganggunya,pasti dia akan mendapat 8A1.Dia pulang ke rumah dengan hati kecewa.
     Ku An berlari ke biliknya dan menangis sepuas-puasnya.Telefonnya berbunyi lagi.Ada mesej baru rupanya."Sabarlah Ku An,walaupun keputusan kurang baik,bersyukulah.Cuba lagi.Tebus kesalahan kau bila SPM nanti.Bertaubatlah segera.Pintu taubat masih terbuka,'Sewel'."Ku An terkesima.Dia memikirkan kembali kisah hidudnya.Telefon bebunyi lagi.Pantas Ku An membuka dan membacanya."Duhai Serikandi,aurat diawasi,solat pengikat diri,akhlak indah berseri,Al-Quran teman beerti,sifat malu menyinar diri,itulah MUSLIMAH SEJATI,'Sewel'."Termanggu Ku An sendirian memikirkan setiap bait perkataan yang tertera di skrin telefonnya.Pantas Ku An ke bilik mandi.Dia membersihkan dirinya,mengambil wuduk dan mendirikan solat.Sudah sekian lama kain telekungnya itu tidak disentuh.Tanpa disedari,malam sudah merangkak pagi.Sepanjang malam itu,Ku An penuhi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran,solat-solat sunat dan berzikir.Di situ,dia dapat rasakan kedamaian dan ketenangan.Tanpa 'Sewel' sudah tentu dirinya masih sesat.Ya,'Sewel' sudah tentu dirinya masih sesat..Ya'Sewel' teman yang baik dan beerti.


     Sudah hampir dua tahun peristiwa itu berlaku.Tahun ini,Ku An akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Ku An  dan sewel sudah menjadi teman rapat.Namun ada satu persoalan yang bermain dibenaknya.Siapakah sewel sebenarnya?? Entahlaaaaaa..........


     Telefon berbunyi menandakan mesej masuk."Buat elok-elok,baca doa.Ingat ALLAH,ingat mak dan ayah.Yakinkan diri.Kau pasti boleh,'sewel'."Ku An tersenyum memandang mesej itu.Dia membalas mesej itu."Kau pun begitu juga,buat betul-betul.Doakan sentiasa bersamamu,Ku An."Mesej itu dilayangkan khas buat 'Sewel'.Walaupon dia tidak mengetahui latar belakang 'Sewel',namun dia pasti,'Sewel' orang yang teristimewa dihatinya.


     Ku An menjawab soalan peperiksaan tersebut dengan penuh keyakinan.Setelah tiga bulan berlalu,keputusan diumumkan.Ku An berjaya menjadi best student sekolah tersebut.Begitu juga 'Sewel'.Kini hidupnya dah berubah.Dia menjadi lebih berkeyakinan,berakhlak dan ceria.Tanpa 'Sewel' Ku An pasti dirinya masih terumbang-ambing.Ku An dan 'Sewel' berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti of Oxford,London.Keinsafan ini,membuatkan dirinya berjaya tanpa bantuan orang lain..Terima Kasih 'Sewel'!!!!



~~sekian~~

4 ulasan:

Unknown berkata...

ni nak komen: pertama kotak komen..kalau boleh buat popup sng nk komen..lgi2 intenet slow kn

kedua buang verify word...rase nye ade

berbalik pada cerpen pula

msa awl tu nmpak mcm cepat sngt nk abis..kejap exam terus dapt result..kene ade kronologi..bgi tersusun

adik buat cerita memula die amik exam...tapi dia rasa tak boleh jawab..letak dialog ke apa pasal exm..

bru pndah ke plot lepas amik result...

bg sy nampak mcm nk abis cepat..belum abis feeling dah tutup certe..hehe papepun pengajaran y baik..cayok..teruskan menulis

cahaya wany berkata...

thank komen...
wany akan usaha yang terbaik..^_^

fRaMe+LenSeS berkata...

menarik dik.. :) kalau panjang lagi mesti best.. :) tapi ni percubaan y baik. proud of u tau. :)

cahaya wany berkata...

thank...hihi..
adik akan usaha lagi k..