Sabtu, 4 Jun 2011

Sebuah Keinsafan part 1

     "Krriiiinnnnngggggggg!!! Jam loceng bilikku berbunyi nyaring.
     "Ala....Dah pukul 6.00 pagi.Malasnya nak bangun.Awal lagi ni.Tido dulu la...Kata Tengku Farihan bt Tengku  Zainal atau Ku An..Dia meneruskan tidurnya yang sedikit terganggu.Walaupun waktu subuh sudah hampir habis,namun Ku An tetap meneruskan tidurnya.Memang diakui,Ku An jarang menunaikn solat.Kain telekung yang tergantung kemas di penjuru bilik hayalah hiasan.
     "Ku An!! Ku An!! Kamu dah bangun ke?" Soal Tengku Faridah,ibu kepada Ku An sambil mengetuk pintu bilik anak tunggalnya itu.
     "An dah bangun mama...."Jawab Ku An perlahan.Dia menoleh jam disisinya."Alamak! Dah pukul 7.10!"Terkecoh-kecoh Ku An bangun dan menuju ke bilik madi.Selesai mandi pantas Ku An menyarung uniform pengawasnya.Sebagai pengawas dan murid cemerlang,dia tidak boleh lewat ke sekolah.Ku An berlari turun dan menyalami mamanya.
     "Ma....An pergi dulu ya.Dah lewat ni...."ujar Ku An.
     "An tak sarapan dulu ke?Nant kosong pulak perut tu."
     "An sarapan di sekolah je......."Ku An terus keluar menuju ke kereta BMW yag sedia menunggu untuk menghantarnya ke sekolah.
     "Pak Mat,cepat sikit ya. An dah lewat ni." Kata Ku An. Dia risau prestasinya sebagai pengawas sekolah tercemar kerana lewat ke sekolah. Tiba-tiba telefon bimbit milik Ku An berdering rancak menandakan ada mesej baru masuk.Tertera nama 'Sewel' di skrin telefonnya."Ku An,mulakan harimu dengan Bismillah,melangkah ke ke sekolah denga keyakinan,hadapilah harimu dengan kebesaran,Sewel."Ku An mendengus kasar.Sejak akhir-akhir ini,Ku  An sering menerima mesej dari seseorang yang menggelar dirinya sebagai 'Sewel'.Mesejnya juga agak pelik dan unik.Lantas Ku An 'delete mesej itu.
     Kemarahya hilang apabila terpandang Faizul,kekasih hatinya yang kacak,baik tetapi "playboy".Dia tersenyum bahagia apabila Faizul membukakan pintu kereta Ku An.
     "Good morning my princess"ujar Faizul romantis."Good morning Zul.Apa mimpi jemput Ku An pagi ini?"Soal Ku An manja.Mereka berjalan seiringin menuju ke kelas.
     "Saja la...Salah ke kalau Zul tunggu Ku An?"
     "Tak la....Pelik pulak,tiba-tiba je muncul pagi ni.Zul..kita keluar petang ni,nak tak?"
     "Tak boleh la Ku An.Zul sibuk la.Lagipun PMR dah dekat kan.Study la habis-habisan supaya tak kecewa nanti."
     "Ye la.Kalau Ku An ajak,ada je alasan.Kalau Mira ajak mesti setuju kan?"
    Ku An terus berlari menuju ke kelasnya.Dia langsung tidak menghiraukan panggilan Faizul.Tiba-tiba telefonnya berbunyi.Nama 'Sewel' tertera di atas skrin tersebut.'jangan asyik bercinta.Kelak pelajaran akan dilupakan.Studdy dulu...,sewel."Hati Ku An bergetar hebat."Bodoh kau sewel!!!"





~~bersambung~~

4 ulasan:

Miss Ran berkata...

erk studdy tu slh eja
nway nice

cahaya berkata...

thank tegur..hihi
typo..^_^

fRaMe+LenSeS berkata...

hihi.. menarik2 dik. :)

cahaya berkata...

first time kot wat citer nie..:)