Rabu, 13 April 2011

RINTIHAN SEORANG ANAK..



Ayah
Di kesepian senja itu
Di kala anak-anak dan isterimu mengelilingimu
Di kala para doktor berusaha menyelamatkanmu
Kau pergi meninggalkanku,
Pergi tanpa sebarang pesan
Pergi menemui pencipta alam.

Ayah
Pergimu di kala aku masih memerlukan
Pergimu dikala aku masih belum puas merasai kasih sayangmu
Pergimu tanpa kau sempat melihat kejayaanku
Aku pasrah pada takdir Ilahi
Aku pasrah dengan gelaran anak yatim ini
Aku pasrah dengan pemergianmu

Ayah
Sesungguhnya pemergianmu
Membuatkan anakmu ini semakin tabah
Tabah menghadapi ujian dunia
Anakmu ini berjanji akan menjadi anak yang solehah
Anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraanmu di sana
Semoga engkau tergolong dalam golongan yang beriman
Tenanglah rohmu di alam abadi sana..

AL-FATIHAH..
khas buat ayahku yang pulang ke rahmatullah pada 8 JUN 2009..

~~sekian~~
2 blog yg wany minat

5 ulasan:

efa berkata...

al fatihah utk arwah ayah hampa :( same goes to me uhuk apa pun kita kena tabah sabar yea km pun hari demi hari kuatkan keimanan utk teruskan hidup walau tanpa arwah ayah.

fRaMe+LenSeS berkata...

amin yarabbal alamin. abg doakan juga ayah adik wany. adik. sabar tau. 3 harta yang tak ternilai tu bukan wang ringgit, tapi itulah dia anak soleh yang mendoakan, jadilah salah satu darinya adik, insyALLAH, ALLAH pertemukan adik dengan ayah didalam syurga nanti. abg doakan adik. maceh.

nora amila ghazali berkata...

amin.. moga ayah kamu ditempatkan ditempat orang2 yang beriman... thank tag akak tau.. =) senyum selalu..

meaw berkata...

apa yang penting..tabahkan hati wany, jadilah pemangkin dalam keluarga tika ayahmu sudah kembali ke rahmatullah...kuatkan semangat ye wany ..don't be sad, hargai orang yang masih berada di samping wany ....

cahaya berkata...

thank semua..bgi kata2 smgat kat wany..:)