Sabtu, 2 April 2011

Penulis Senja Terakhir~~untukmu Yang tersayang

sapa nak kena tag???
itu ayat yang masuk dalam KBU...
wany pon p la tinggalkan link kat komen 2..
hahaha..
tup2 kak nie ckap kena buat puisi..
tudiaa...
terkejut jga wany..bukannya reti bab2 puisi nie..
tapi wany akan cuba ok...
nie contest ok..
errr..sebelum tu wany nk gitaw nie first time wany masuk contest..:)

meh kita tengok banner dulu kat bawah nie k..
errmmmm
jom hayati bersama2 k..:)



Hembusan angin malam menyapa lembut
Bersama titisan gerimis kala dinihari
Menambahkan kedinginan di ruang hati yang suram..

Segenap kepiluan bertamu
Kala kerinduan mengingatimu
Dahulu kau sentiasa bersamaku
Mengiringi langkah jatuh bangunku
Kalaku mengenal makna sebuah kehidupan
Kau pembakar obor semangatku
Pencetus ilham kalaku tewas hampir rebah
Telah kusaksikan perit jerihmu meniti hidup
Mengerahkan keringat demi insan lain
Tidak sekali kudengar keluhanmu
Dalam memenuhi kerenah ku...

Kini ku pergi meninggalkanku
Membawa sama semangatku yang dulu
Pergimu tak mungkin akan kembali
Kerana memenuhi janji Illahi
Masih segar di ruang ingatanku
Kala matamu terpejam
Meninggalkan segala keindahan di dunia yang fana ini..

Kini kau telah tiada
Meninggalkan aku yang masih dahagakan kasihmu
Tidak lagi ku dengar senda tawamu
Yang sering menemani kala laraku
Tidak lagi ku dengar kata-kata manismu
Yang sering membakar semangat di jiwaku
Hanya sebuah memori yang mampu ku simpan di sudut ingatan
Menjadi peneman kala ku kerinduan
Tika ini....

Aku masih lagi di sini meneruskan perjalanan hidup yang panjang
Mendaki sebuah harapan
Berlari menggapai sebuah cita
Akan ku kotakan janjiku dahulu
Agar tertunai segala impian yang kau ciptakan dahulu
Sekalung doa ku kirimkan buatmu
Menjadi hadiah untukmu disana
Semoga dirimu bahagia di sana bersama-Nya
Menuju akhirat negeri yang abadi..

p/s:dedikasi untuk arwah ayah tercinta..Semoga rohnya tenang di sana..
AL-FATIHAH...


okeh2....
wany nak tag shabat blogger wany
errrrr..
wany tag lima boleh kan..:)
kalo nak join mai tngok kat penulis senja terakhir

5 ulasan:

waN Mohd Salim berkata...

thnks ye ... sedap puisi .. untuk ayah tu .. huhuhu

CikTomyam berkata...

wah..wanie karang sendiri ka?

hadiee berkata...

Al-fatihah untuk arwah. smoga wani sentiasa bersemangat dalam mengejar cita2. smoga berjaya. didoakan.

cahaya berkata...

wan~~err..thank..
cik~~yup..
hadi~~thank..amin

iCa Bdp (Ica Alifah) berkata...

Assalamu'alaikum...
Puisinya bagus ^_^