Selasa, 1 Mac 2011

WAHAI LELAKI.



Janganlah hipokrit,semua lelaki perlikan wanita..Tanpa wanita,hati,perasaan dan fikiran lelaki akan rosak.Mereka masih mencari walaupon ada segalanya.Apa yang tidak ada di syurga hingga Adam tetap rindukn Hawa??Pada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri mahupun isteri puteri.Dijadikan daripada tulag rusuk bengkok untuk di luruskan oleh lelaki.Tetapi kalau lelaki sendiri yang idak lurusmana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus..

Wahai lelaki,luruskanlah wanita dngan jalan yang ditujukan oleh ALLAH.Didikan mereka dengan panduan dariNya..Janganlah cuba jinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka akan semakin liar.Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka semakin menderita.Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah.Kenalkanlah mereka kepada ALLAH.Zat yang kekal kerana disitulah punca bagi kekuatan dunia.

Akal wanita senipis rambutnya,tebalkan ia dengan ilmu.Hatinya serapuh kaca,kuatkan ia dengan iman.Hiasilah dengan akhlak,bisikan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.Ia bukan diskiriminasi tetapi itulah kasih sayang tuhan.Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak akan terhibur dan tidak menghiburkan.Tanpa ilmu,iman dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan akan membengkok,Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal akan tuhannya.Bila wanita derhaka,dunia lelaki akan huru hara.Lelaki pula janganlah mengharapka ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelu memimpin wanita piminlah diri sendiri kepadaNya..Jinakkanlah diri pada ALLAH nescaya akan jinaklah segala dibawah pimpinanmu..Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah az-zahra andai peribadimu tidak sehebat Saiyidina Ali Karamallahu wajihah..

1 ulasan:

fRaMe+LenSeS berkata...

baik ingatan dari kamu. maceh. ;)