Selasa, 15 Mac 2011

RILEK SEWAKTU KERJA UNTUK HINDARI STRESS..





err...tip2 nie wany tujukan untuk kawan wany yang selalu sngat stress (Ritz Hariz

Akibat terkenan kerja atau tugasan kuliah yang sentiasa membukit,ramai yang berhadapan dengan masalah tekanan atau "stress".Malah bukan itu sahaja,disebabkan faktor itu juga ramai yang hilang kegembiraan dalam kehidupan,mengalami kemurungan  dan bosan dengan pekerjaan yang dilakukan..

Sememangnya ada beberapa perkara yang berada diluar kawalan kamu dan tidak boleh diubah.Ini termasuklah "stress"akibat pekerjaan atau tanggung jawab akademik.Malah kajian mendapati kadar "stress" golongan perempuan adalah lebih tinggi berbaning lelaki.Faktor penyebabnya juga adalah pelbagai termasuklah diskriminasi gender,gangguan seksual dan beban tuntutan kerja di rumah..

Bagaimana untuk menangani semua ini???Semuanya bergantung pada kamu..Sebenarnya ada cara yang boleh menjadikan pekerjaan yang kamu lakukan lebih seronok...

jom sama-sama kita semak petua berikut!!

>>SANTAI DAN TENANG.
  bercuti bukan bermaksud kamu hanya boleh meluangkan waktu tersebut dengan melancong.Meluangkan masa bercuti dengan menonton DVD atau wayang dengan tersayang,menyegarkan diri di "gym" atau melakukan apa sahaja aktiviti masa luang yang boleh kamu cuba.Jangan biarkan waktu cuti itu berlalu dengan sia-sia sahaja.

   tidak kira sama ada kamu bekerja mahupun belajar,masa cuti memang tetap diperuntukan oleh pihak majikan mahupun universiti.Gunakan peluang yang diberikan itu dengan sebaik mungkin..



>>LEPAK@KELUAR BERSAMA SAHABAT
    lazimnya kelas mahupun waktu bekerja tamat sekitar jam 5.00 petang ke atas.Sesekali tidak salah jika kamu luangkan lebih masa di pejabat mahupon di kolej selepas tamat waktu bekerja atau belajar.
Gunakan peluang yang ada itu untuk bersosial bersama rakan sepejabat/sekolej..

     tahukah kamu bahawa individu yang bersosial dengan rakan-rakan atau keluarganya melebihi tempoh tujuh jam dikategorikan sebagai individu yang paling bahagia,.Curi peluang yang ada di waktu rehat tengah hari,berbual ringan,atau menghadiri minum petang sejurus tamat waktu kerja/kuliah..


>>LEBIH RAMAI,LEBIH MERIAH.
     menurut kajian kaunselor barat,perjalanan ke pejabat/kolej adalah antara tempoh waktu yang sangat membosankan ramai orang,.Tinjaun mendapati peratusan individu yang "enjoy" mengemas rumah adalah lebih tinggi berbanding melalui detik perjalanan ke pejabat/kolej.Lantaran itu,pakar psikologi mendapati individu yang menghabiskan waktu selama 22minit ke pejabat/kolej,memiliki pengeluaran 35% lebih tinggi setiap bulan.Khususnya bagi mereka yang tinggal di kota-kota besar.Mustahil ramai yang menaiki basikal ke pejabat/kolej kan???

       Jadi,apa kata kamu mencari rakan2 yang sehaluan dengan kamu untuk sama-sama berkongsi kereta.Bergilir2lah untuk memandu kenderaan masing2..Selain dapat mengatasi kebosanan sewaktu di dalam perjalan ke pejabat/koej dengan berbual2 bersama rakan2,,dalam masa yang sama kamu juga boleh berjimat..


>>HAK VS KEWAJIPAN.
    siapa yang tidak gembira jika dinsikkan pangkat??Lebih2 lagi bila memiliki anak2 buah yang boleh disuruh2..Awas,kenaikan pangkat bukan beerti kerja kamu semakin berkurangan ya!! Jika sebelum ini kamu ada masa untuk menukar sqtatus FB tiap2 minit ,selepas dinaikkan pangkat kamu tidak berkesempatan untuk melakukan itu semua!!

     Bertambahnay bilangan angka slip gaji kamu,ini menandakan hasil kerja yang dituntut oleh pihak majikan juga semakin bertambah setimpal dengan ganjaran yang kamu dapat!! ini bukan bermaksud kamu perlu menolak tawaran kenaikan pangkat itu..Sebaliknya kamu perlu tahu risiko yang bakal disandang kelak...Jangan sampai pihak atasan menyesal dengan pilihan yang telah mereka buat sehingga terpaksa memberi surat teguran kepada kamu kerana kamu tidak seperti yang diharapkan!!!




(sumber:dipetik daripada majalah remaja,
             keluaran 15mac 2011)



2 ulasan:

CikTomyam berkata...

ya betul tu..xleh stress2 kan..=)

Pakcu Sofi berkata...

jgn stress2 naaaaaaa =)