Sabtu, 17 Mei 2014

PUDING ROTI MARBLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


PUDING ROTI MABLE

BAHAN-BAHAN
1/2 paket agar-agar tali (18g)
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cwan gula pasir
1/3 cwan susu pekat manis
1 tin susu cair
2 sudu mkn Mentega
3'1/2 cwan air
Perwarna dan perisa


CARA-CARA
1.cuci agar2.tos airnye.rebus agar-agar,gula pasir dgn 3 cawan air...
2.rebus sampai agar2 lembut dan cair
3.blende roti,susu pekat manis,susu cair,1/2 cwan air, telur...ketepikan dulu
4.bila agar2 dah cair.masukan bahan-bahan blande tadi.
5.Gaul rata.tunggu smpai mdidih.
6.masukan mentega gaul smpai mentega cair.tutup api..
7.bahagikn kepada2 adunan
8.ambil 1 adunan letak pewarna hijau dan perasa pandan.
9.ambil lagi letak perasa choc emulco
10.ambil loyang.letak 1 senduk pandan dan 1 senduk perisa choc.lapis2kan dia.buat smpai habis.

proses ini perlu dilakukan secepat yang mungkin..adunan cepat membeku..
siap simpan dalam peti sejuk.

TELUR!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,..

heeee..dah naik muak tengok telur..tapi apakan daya nie la menu utama yang wany kena makan setiap..
demi kesihtan sanggup juga telan hari-hari..hehehe

semalam ada cuba resepi baru,,telur bakar..acewah..resepi baru la konon..


6 biji???!!
larat ke nak habiskan tuu..
heeee...tak la..untuk wany sebiji ja..
yang lebih tu buat untuk abang,akak dan mak sekali..

untuk wany cuma telur + cheese saja..

untuk family wany letak
telur + cheese + lada + sos + mayonis..


Jumaat, 16 Mei 2014

ROTI ARAB

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Makan petang..roti arab..

Bahan2..
2sb mentega
2sb minyak masak
2sb gula
300ml air suam
6g yis
500g tepung gandum

Cara2
1.mentega,minyak, dan gula dibancuh dengan air suam.
2.tepung digaul dengan yis.
3.kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental.
4.perap selama 1jam dalam bekas tertutup.
5.uli semula dan buat bulat2.
6.canai lebih kurang 0.4cm.
7.panaskan minyak dan goreng sebiji2.. Tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikan..

Makan dengan kari ayam,daging atau sardin..

Khamis, 15 Mei 2014

JALAN-JALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semalam boring ja duduk dekat rumah...
Ajak mak balik kampung..hehe
bawa si merah tu sama..boring oii kalau tak jumpa si merah dalam sehari..Lepas balik kampung singgah mydin beli barang nak buat kenduri siap-siap..






Rabu, 14 Mei 2014

BILA AKU JADI BIBIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bila time cuti je anak-anak mesti la balik kan..
Bila balik sapa nak jadi mangsa??
yes!!! mak cik okeh!!!
heheheheh...tak kisah pon nak jaga kesayangan-kesayangan mak cik nie..


kasi susu sorang sebotol..kononnya nak bagi tidur la..sekali, lepas minum ja susu semua jadi cerdas gitu...
nak buli mak cik ye??!!

kakak alifa dengan adik alia

kakak irisha dengan adik alifa

Rabu, 1 Januari 2014

KEK STRAWBERI COKLAT

disebabkan wany sibuk b'fb makan kek jadi hangit sikit kat atas tu..hehehe..janji boleh makan lagi..



BAHAN-BAHAN

180G tepung naik sendiri
150g gula halus
100g minyak jagung(mentega dicairkan)**wany guna mentega cair je
1 sudu teh ovellet
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur

CARA-CARA

1) Ayak tepung + sodabikarbonat**(wany tak ayak pon)
2) pukul telur + gula + ovellet sampai kembang + esen vanilla
3) masukan tepung & minyak
4) bahagikan kepada 2 bahagian dan letak warna serta perasa
5) tuang dalam loyang selang-seli kan warnanya
6) Bakar dlm oven selama 55 minit suhu 140°c.

**pastikan loyang disapu dengan majerin sikit supaya bila masak dia tak melekat



Jumaat, 27 Disember 2013

KEK PISANG


Buatkan untuk abang bawa balik..hehehe..
Resepi asal wany ambik dekat group MSR ..
Tapi wany dah ubah sikit..





BAHAN-BAHAN

180G tepung naik sendiri
140g gula halus
200g pisang (dilenyek)
100g minyak jagung(mentega dicairkan)**wany guna mentega cair je
1 sudu teh ovellet
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla (taknak letak pon tak pe)
3 biji telur

CARA-CARA

1) Ayak tepung + sodabikarbonat**(wany tak ayak pon)
2) pukul telur + gula + ovellet sampai kembang
3) masukan pisang lenyek bersulam tepung & minyak
4) masukkan esen
5) Bakar dlm oven selama 55 minit suhu 140°c.