Khamis, 23 Jun 2011

"SEGMEN : Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari London"

soalan dia macam mana boleh jumpa blog adybudika.com????


okeh..wany boleh jumpa,time saja2 p terjah wall fb abg ady ternampak la link nie dekat info..
gatal tangan pg klik link adybudika.com nie..


akhirnya ambil masa sehari lepak2 dekat blog abg ady sampai menangis baca n3 dalam blog dia..huhu..


sebab blog adybudika.com juga la membuatkan wany terus terjebak dalam dunia blog nie..


sapa nak join segmen nie boleh klik dekat SINI

Selasa, 14 Jun 2011

ANDAINYA LELAKI TAHU

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Rabu, 8 Jun 2011

i love ayah!!

assalamualaikum..
dan salam sejahtera kepada yang bukan islam..

urmmm...
hari nie dah cukup 2 tahun ayah pg meninggalkan wany sekeluarga..
so,kita owg buat sedikit la kenduri tahlil untuk ayah..
ayah..adik sayang ayah...^_^
hope ayah tenang ye dekat sana..amin....

Selasa, 7 Jun 2011

WANY SEORANG YANG PEMBULI.

mood..penat sangat..

selesai owg pasang khemah kenduri..
bermula aktiviti membuli wany...hihi

along!!!!!!!!!
adik haziQ!!!!!!!
abg uzair!!!!!!!!!!
kakak mimie!!!!!

panggil sambil jerit panggil depa semua nie...hahahaha
mai sinie..hampa tak buat ape pon kan??
sinie2...lap kerusi nie..meja sekali...
lepas tu susun kerusi dekat meja tau..

kejam x wany bagi arahan dekat budak-budak kecik niee...:p
kesian pulak dekat depa...hampa buat laa..jap g acik bagi upah naaa..hampa nak apa??
acik nak p beli dekat kedai..
sekali depa order coklat(bungkus besaQ)+ais crim+air solivite...
waaaaaa...habis la duit cheQ macam nie...

muka yang kepenatan...

sambil buat kerja sambil bergaduh..lawan tuju batu..macam2 la...
mau nangis 2 3 kali nak siap buat kerja nie...

wany kerja gelak ja tengok gelagat depa...

~~sekian~~

OTORINOLARINGOLOGI..


assalamualaikum....
dan salam sejahtera pada yang bukan islam..

hari nie wany kena pg jumpa pakar dekat hospital sultanah bahiyah..
untuk buat rawatan susulan..
ingat nak pg awal la hari nie..nak ambik nombor awal..leh balik awal sikit..
tup tup...terlewat bangun daaa...huhuhu(letih semalam tidoQ lewat)

sampai je hospital terus ambik num
 dapat num 0831..waa..lama lagi nie..

nak tunggu lama lagi..so,turun pg kantin makan-makan dulu laa...(lapaQ)
lepas makan-makan naik balik kat tempat menunggu 2..
nak kata lama..tak la lama sangat tunggu..num wany dipanggil..

pakar tanya macam mana keadaan wany sekarang??
wany cakap la kata sakit balik kan..
lepas tu pakar tengok2 la kat tempat sakit 2..
dia cakap wany mengalami pendarahan...

ermmmmm..dah agak2 dah...
pastu terpaksa pg pg bilik lain pulak untuk cuci darah 2 kan...

sakit???????
tak sakit pon..myb dah biasa kot..huhu
turun je dari katil rasa macam nak pitam je...
hampir2 nak jatuh..

pakar suruh rehat dulu..tapi wany degil buat tak tau je..:)
selesai cuci..masuk bilik pakar tadi ambik tarikh janji temu yag akan datang..
pastu turun bawah pulak...untuk ambik ubat..

errrr..sebelum tu kena ambik num dulu naaa..:)

dapat num 5033...lama giler tunggu time nak ambik ubat nie...dah la pening..
tempat duduk pon tak ada..penuh dengan orang..T_T

time tunggu nak ambik ubat..tekak rasa loya la pulak...urm...
pg tandas...andddd....uwekkkkkkkkkkkkkk...uwekkkkkkkkk..
habis makanan wany makan tadi...T_T
pening yang teramat sangat..
dah la pg seorang...sabaQ wany sabaQ..


nie ubat yang dapat tadi..bekalan untuk sebulan sahaja..
selesai semua..pg la dekat moto..dok fikir juga nak balik terus ke nak pg rehat dekat rumah abg dulu..
lagipon rumah abg dalam hospital tu je...
ma ada pesan kalau pening jangan paksa diri bawa moto 2..
urmmm..malas la nak pg rumah abg..huhu..takut tak ada orang ja jap gi..
so,ambik keputusan untuk balik..

dalam keadaan pening bawa moto laju pulak...hihihi..(tak reti nak bawa slow2)
hampir2 juga la nak langgar kereta owg tdi..hahahaha..
ALHAMDULILLAH..pukul 11am sampai juga dekat rumah..ma tanya napew cepat sangat..
hahaha..adik rempit la ma..:p

~~sekian~~

Isnin, 6 Jun 2011

tempatmu tiada siapa boleh ganti!!! part 2

macam biasa juga..pg sekolah..
hari ada tusyien sejarah..kebetulan hari nie wany pg sekolah dengan member..so,pg sekolah awal la sikit..
sampai je dekat sekolah..pakat dok makan nasi lemak sementara tunggu cikgu sampai..


kami pon masuk la dalam kelas sebab cikgu dah sampaikan..
baru nak start belajar..
tiba2 hphone vibrate bawah meja..
tengok nama...abg yang call..
nak jawab..tapi takot cikgu marah,ye la kami mana boleh bawa hphone pg sekolah..
banyak kali juga la abg call...tak sedap hati juga la masa tu...sabaQ je time 2..
last sekali mungkin abg dah tak larat nak call kot dia send mesej..

"adik,ayah dah tenat dekat hospital."

YA ALLAH..masa 2 air mata je yang berlinang..terus bangun cakap dekat cikgu..pastu cikgu suruh wany balik..
thank cikgu memahami situasi wany..

turun dari class terus call abg suruh dia datang ambik wany dekat sekolah..coz,wany datang sekolah dengan member je tadi..

dalam kereta air mata je menemani wany....abg bawa kereta laju pon dah tak rasa ape pon..dalam fikiran hanya ingat AYAH je...
sampai je hospital,terus call ma tanya ma ada dekat wad mana..ma cakap tingkat 3..
terus ke tingkat 3 cari xjumpa..
call seklai lagi...ma silap bagitau daaa...tingkat 4 laa...
terus ke tingkat 4 dan terus ke katil ayah..

masa tu ayah dah tak sedaQ dah..ada 2/3 orang misi pelatih ada kat situ..tengah tekan ape ntah macam belon 2..untuk bagi bantuan penafasan dekat AYAH...masa nie semua la famly wany ada..
ikut tu doktor nak bawa ayah masuk dalam ICU tapi penuh..
pastu doktor cakap petang nanti nak bawa ayah masuk dalam wad CCU..

kebetulan akak wany kerja dekat situ,so senang sikit la nak minta alat pernafasan 2..disebabkan ICU penuh..doktor hanya bawa alat penafasan tu je dekat ayah..
yang sedihnya dowg ikat tangan ayah..sebab ayah asyik terkejut je..:'(

pastu tengok keadaan ayah dah stabil..ALHAMDULILLAH wany mampu tersenyum sikit...
dalam pkul bope entah wany xingat la..sedara mara pakat datang melawat ayah..

wany pon keluar sat pg kantin cari benda makan..kesian dekat ma xmakan ape lagi..tengah2 beli 2 ma call cepat cikit..ayah tenat nie..
kelam kabut beli makanan terus naik..
sampai je dalam wad..tengok doktor penuh keliling ayah..dowg tutup dengan tirai tak bagi tengok ape yang dowg buat dekat ayah..

paling sedih kami tak sempat nak bagitahu doktor tu supaya jangan (ape ek owg panggil?? yang kena tekan dada 2?)sebab masa nie memang tak ingat ape dah..hanya ingat dekat ayah je..tgok2 doktor dah buat..sangat sedih..sebab ayah ada pesan sebelum dia meninggal dia tak nak doktor buat macam tu dekat dia...

lepas asar ayah mehembus nafas terakhir...masa nie,memang nangis giler la..tak heran orang sekeliling yang tegok..time nie la kena papah ma..takot pesan..{sabar ye ma,ALLAH lebih sayangkan ayah}..


~~BERSAMBUNG~~


Ahad, 5 Jun 2011

NORA ELENA | SETH TAN

pukul 7.00pm..
isnin-khamis..
masa nie ramai la yang dok depan tV3...
best ke citer nie???..

kalo la semua laki macam seth...
must best kan..hihi

ok2 sebenarnya wany nak kongsi vlog dari abg nadh dari blog frameandlenses.blogspot.com...
pe2 pon jom la kita pg layan vlog abg nadh dulu...

caya la abg..terbaik punya laa..adik minat kot kat semua vlog abg..hihi..

Sabtu, 4 Jun 2011

KEKASIH DEVOTEES..




Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu

Sebuah Keinsafan part 2

     Terpacul perkataan itu dari mulutnya.
     Tiga minggu sudah berlalu .Ku An bakal menduduki PMR pada hari ini berdebar-debar hatinya.Telefon Ku An berbunyi lagi."Selamat menduduki PMR.Yakinkan diri.Ku An pasti boleh ,Sewel".
     Ku An menjawab soalan peperiksaannya dengan tenang.Namun dia ragu dengan jawapannya.Entah mengapa,Ku An resah dengan jawapannya.Adakah dia mampu menjadi best student tahun ini?.
     Keputusan PMR diumumkan.Ku An hanya mampu mendapat 5A 3B.Dia kecewa dengan keputusan PMRnya.Ini semua gara-gara "Sewel".Jika 'Sewel' tidak menganggunya,pasti dia akan mendapat 8A1.Dia pulang ke rumah dengan hati kecewa.
     Ku An berlari ke biliknya dan menangis sepuas-puasnya.Telefonnya berbunyi lagi.Ada mesej baru rupanya."Sabarlah Ku An,walaupun keputusan kurang baik,bersyukulah.Cuba lagi.Tebus kesalahan kau bila SPM nanti.Bertaubatlah segera.Pintu taubat masih terbuka,'Sewel'."Ku An terkesima.Dia memikirkan kembali kisah hidudnya.Telefon bebunyi lagi.Pantas Ku An membuka dan membacanya."Duhai Serikandi,aurat diawasi,solat pengikat diri,akhlak indah berseri,Al-Quran teman beerti,sifat malu menyinar diri,itulah MUSLIMAH SEJATI,'Sewel'."Termanggu Ku An sendirian memikirkan setiap bait perkataan yang tertera di skrin telefonnya.Pantas Ku An ke bilik mandi.Dia membersihkan dirinya,mengambil wuduk dan mendirikan solat.Sudah sekian lama kain telekungnya itu tidak disentuh.Tanpa disedari,malam sudah merangkak pagi.Sepanjang malam itu,Ku An penuhi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran,solat-solat sunat dan berzikir.Di situ,dia dapat rasakan kedamaian dan ketenangan.Tanpa 'Sewel' sudah tentu dirinya masih sesat.Ya,'Sewel' sudah tentu dirinya masih sesat..Ya'Sewel' teman yang baik dan beerti.


     Sudah hampir dua tahun peristiwa itu berlaku.Tahun ini,Ku An akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Ku An  dan sewel sudah menjadi teman rapat.Namun ada satu persoalan yang bermain dibenaknya.Siapakah sewel sebenarnya?? Entahlaaaaaa..........


     Telefon berbunyi menandakan mesej masuk."Buat elok-elok,baca doa.Ingat ALLAH,ingat mak dan ayah.Yakinkan diri.Kau pasti boleh,'sewel'."Ku An tersenyum memandang mesej itu.Dia membalas mesej itu."Kau pun begitu juga,buat betul-betul.Doakan sentiasa bersamamu,Ku An."Mesej itu dilayangkan khas buat 'Sewel'.Walaupon dia tidak mengetahui latar belakang 'Sewel',namun dia pasti,'Sewel' orang yang teristimewa dihatinya.


     Ku An menjawab soalan peperiksaan tersebut dengan penuh keyakinan.Setelah tiga bulan berlalu,keputusan diumumkan.Ku An berjaya menjadi best student sekolah tersebut.Begitu juga 'Sewel'.Kini hidupnya dah berubah.Dia menjadi lebih berkeyakinan,berakhlak dan ceria.Tanpa 'Sewel' Ku An pasti dirinya masih terumbang-ambing.Ku An dan 'Sewel' berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti of Oxford,London.Keinsafan ini,membuatkan dirinya berjaya tanpa bantuan orang lain..Terima Kasih 'Sewel'!!!!



~~sekian~~

Sebuah Keinsafan part 1

     "Krriiiinnnnngggggggg!!! Jam loceng bilikku berbunyi nyaring.
     "Ala....Dah pukul 6.00 pagi.Malasnya nak bangun.Awal lagi ni.Tido dulu la...Kata Tengku Farihan bt Tengku  Zainal atau Ku An..Dia meneruskan tidurnya yang sedikit terganggu.Walaupun waktu subuh sudah hampir habis,namun Ku An tetap meneruskan tidurnya.Memang diakui,Ku An jarang menunaikn solat.Kain telekung yang tergantung kemas di penjuru bilik hayalah hiasan.
     "Ku An!! Ku An!! Kamu dah bangun ke?" Soal Tengku Faridah,ibu kepada Ku An sambil mengetuk pintu bilik anak tunggalnya itu.
     "An dah bangun mama...."Jawab Ku An perlahan.Dia menoleh jam disisinya."Alamak! Dah pukul 7.10!"Terkecoh-kecoh Ku An bangun dan menuju ke bilik madi.Selesai mandi pantas Ku An menyarung uniform pengawasnya.Sebagai pengawas dan murid cemerlang,dia tidak boleh lewat ke sekolah.Ku An berlari turun dan menyalami mamanya.
     "Ma....An pergi dulu ya.Dah lewat ni...."ujar Ku An.
     "An tak sarapan dulu ke?Nant kosong pulak perut tu."
     "An sarapan di sekolah je......."Ku An terus keluar menuju ke kereta BMW yag sedia menunggu untuk menghantarnya ke sekolah.
     "Pak Mat,cepat sikit ya. An dah lewat ni." Kata Ku An. Dia risau prestasinya sebagai pengawas sekolah tercemar kerana lewat ke sekolah. Tiba-tiba telefon bimbit milik Ku An berdering rancak menandakan ada mesej baru masuk.Tertera nama 'Sewel' di skrin telefonnya."Ku An,mulakan harimu dengan Bismillah,melangkah ke ke sekolah denga keyakinan,hadapilah harimu dengan kebesaran,Sewel."Ku An mendengus kasar.Sejak akhir-akhir ini,Ku  An sering menerima mesej dari seseorang yang menggelar dirinya sebagai 'Sewel'.Mesejnya juga agak pelik dan unik.Lantas Ku An 'delete mesej itu.
     Kemarahya hilang apabila terpandang Faizul,kekasih hatinya yang kacak,baik tetapi "playboy".Dia tersenyum bahagia apabila Faizul membukakan pintu kereta Ku An.
     "Good morning my princess"ujar Faizul romantis."Good morning Zul.Apa mimpi jemput Ku An pagi ini?"Soal Ku An manja.Mereka berjalan seiringin menuju ke kelas.
     "Saja la...Salah ke kalau Zul tunggu Ku An?"
     "Tak la....Pelik pulak,tiba-tiba je muncul pagi ni.Zul..kita keluar petang ni,nak tak?"
     "Tak boleh la Ku An.Zul sibuk la.Lagipun PMR dah dekat kan.Study la habis-habisan supaya tak kecewa nanti."
     "Ye la.Kalau Ku An ajak,ada je alasan.Kalau Mira ajak mesti setuju kan?"
    Ku An terus berlari menuju ke kelasnya.Dia langsung tidak menghiraukan panggilan Faizul.Tiba-tiba telefonnya berbunyi.Nama 'Sewel' tertera di atas skrin tersebut.'jangan asyik bercinta.Kelak pelajaran akan dilupakan.Studdy dulu...,sewel."Hati Ku An bergetar hebat."Bodoh kau sewel!!!"





~~bersambung~~

Jumaat, 3 Jun 2011

5 jenis RACUN dan PENAWAR

  • DUNIA itu racun,ZUHUD itu ubatnya
  • HARTA itu racun,ZAKAT itu ubatnya
  • PERKATAN YG SIA-SIA itu racun,ZIKIR ubatnya
  • SELURUH UMUR itu racun,TAAT itu ubatnya
  • SELURUH TAHUN itu racun,RAMADHAN itu ubatnya

BLOGGER HIJAU , MAI SINGGAH SAT NOO..

segmen baru ...blogger hijau,mai singgah sat noo


wany suka blog sebab wany dapat meluahkan ape yang ada dalam fikiran....

ADIK RINDUKAN AYAH...

ayah adik sangat rindukan ayah...